Saturday, September 12, 2015

INTRO ABU DANIAL TERHADAP BARAMUNDI SI SUFI TARIKAT

ابو دانيال, [12.09.15 06:29]
السلام عليكم ورحمة الله..
Maaf bertanya, group apa ni?..

~Lan.MK~™  لان, [12.09.15 06:46]
[In reply to ابو دانيال]
Ini bilik Q..tempat beratur untuk masuk bilik2 ilmu.

~Lan.MK~™  لان, [12.09.15 07:03]
[In reply to Abi Fatir]
Abi Fatir..jangan termakan hasutan depa.

Jika bilik ilmu tiada tenaga pengajar..pengajian tidak diteruskan.

Belajar kitab2 Hadis seperti Imam Bukhari, Imam Nawawi..mereka bukan ulama ke?

~Lan.MK~™  لان, [12.09.15 07:08]
Tapi kami tak belajar lah dari ulama yang bernama Jundullah, Khairul izzat, Abeja dan sewaktu dengannya..tu yang depa hari2 duk bersyarah kat sini. 😅

Barramundi, [12.09.15 07:17]
Assalamualaikum w.b.t

Allahuakbar.. Walaupun bilik ni panas, hampir penuh lg audience dia. Hmmm..

Bilik ni ialah bilik Q, bilik maklumkan ceramah2 agama, bilik kongsi ilmu, bilik debat dan hentam, bilik kongsi keburukan habib dan sufi, bilik dedahkan kebatilan wahabi, bilik menghujat golongan assyairoh wal matrudiyah dan mcm2 lg..

Apa2 pun tahniah kpd Tn. Abi Fatir... Ada kemajuan n nmpk sedikit neutral.. 👍

Khairul, [12.09.15 07:18]
Ustaz faizal ni bilik q...tp dh tukar jadi perdebatan....

Khairul, [12.09.15 07:19]
Sbb da group yg alergic wahabi......hehehe

~Lan.MK~™  لان, [12.09.15 07:21]
[In reply to Khairul]
Yang alergic wahabi..pastilah yang hari2 duk hentam wahabi. 😅

Barramundi, [12.09.15 07:28]
Betul tu lan.. Satu lg premis, yg allergic wahabi ialah yg xboleh baca artikel dan pendedahan ulama ttg wahabi.

Ada 2 kemungkinan di situ..

~Lan.MK~™  لان, [12.09.15 07:31]
[In reply to Barramundi]
Hilmi boleh sebut provokasi wahabi tu sehari 10,000 kali..kami suka. 😅

Konteks Malaysia ni bila nak sunnah kena kalis di chop wahabi.

Barramundi, [12.09.15 07:32]
Bg pihak sy, sy bkn nk hukum org tu wahabi, org ni sesat.. Tp sy ada pngalaman tersendiri.

Yg plg sy takut, cerita adik angkat sy di Kg.Cham, Kemboja.. Apb seorg ustz blik blaja dr Pakistan klu xsilap..

Allah..takut dengar tuan.. Jd sy kongsi je pndedahan alim ulam yg lebih ke depan mnghadapi isu ini.. Sy tau dlm ni xde wahabi.. InsyaAllah..

~Lan.MK~™  لان, [12.09.15 07:35]
Pendedahan 'alim ulam'..tu yang pakar copy & paste je. 😅

Patut bentang apa2 hadis, syarahkan.

Barramundi, [12.09.15 07:35]
[In reply to ~Lan.MK~™  لان]
Sy faham keadaan tu lan.. Tp satu perkara yg Lan xleh tolak dan sy yakin Lan boleh bersetuju.. Dalam kita nakkkan sunnah dlm ms yg sama kita bidaahkan, syirikkan, hina alim ulama mereka.. Bila mrk bawakan dalil, kita nak jugak bidaahkan mereka. Tu jd panas.. Bkn di Malaysia shj isu ni, Aceh,Pattani, Tunisia, A.Saudi hatta di Amerika..

Barramundi, [12.09.15 07:37]
Mana sy layak nk syarah lan.. Sy tlg bawakan point2 utk dibawa mghadap ustaz2 ttg apa yg diperbincangkan oleh alim Ulama ASWJ.. Sy hanya pemudah cara..

~Lan.MK~™  لان, [12.09.15 07:37]
[In reply to Barramundi]
Boleh quote ayat2 saya yg bidaahkan atau syirikkan sesiapa?

Barramundi, [12.09.15 07:38]
Sy xkata kat lan.. Lan org baguih... Rs lan pn maklum ttg bab dok tuduh2 ni...

ابو دانيال, [12.09.15 07:38]
Didalam quran, golongan yg suka melebel kpd penegak kebenaran adalah golongan batil, dan mereka akan sentiasa bersifat demikian.. ini sabit dgn nas qot'i..

Maka bagi golongan ygvmemperjuangkan ajaran wahyu jgn pedulikan karenah mereka.

ابو دانيال, [12.09.15 07:39]
Perbahasan biarlah berbentuk ilmiyyah.. jgn diikuti rentak golongan yg ingin menegakkan ajaran hawa nafsu.. bahkan mestilah bersandarkan kpd nas wahyu.

Barramundi, [12.09.15 07:42]
Sy tinggalkan dengan salah satu ulasan ilmiah oleh salah seorang pengajar di Pondok Pasir Tumbuh dlm mempertahankan amalan umat Islam sebelah sini.. InsyaAllah..

Barramundi, [12.09.15 07:42]
Penulis : Ustaz Mohammad Elias Pasir Tumboh


الحمد لله



Masih ada umat islam yang yang mengambil berat apa yang dilakukan orang islam yang lain, semoga kita tidak termasuk dalam sabdaan Nabi صلى الله عليه وسلم


من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم


Barang siapa yang tidak mengambil berat tentang perkerjaan orang-orang islam tidaklah dia tergolong daripada mereka (yakni bukanlah dia muslim yang sempurna).


Saudara ku menyangka baik dengan perbuatan yang tidak nyata maksiat yang dilakukan oleh umat islam, itu adalah lebih baik.


Kita tidak mengetahui apa yang di dalam hati umat islam yang mengadakan kenduri arwah, adakah mereka beranggapan perkara itu wajib atau tidak, selagi mereka tidak menyatakan dengan lidah mereka bahawa perkara itu wajib.


Jika ada sebahagian mereka mengatakan wajib jangan kita berangapan semua muslim begitu.


Setahu saya tidak ada fatwa yang menghukumkan wajib kenduri arwah.


Orang islam di Malaysia bersunguh-sunguh melakukan kenduri arwah di sebabkan mereka hendak menolong keluarga yang telah mati dengan bersedekah, bacaan Al-Quran, zikir dan tahlil yang mana pahalanya di hadiakan kepada si mati dan mereka tidak mahu tergolong dalam sabdaan Nabi صلى الله عليه وسلم, “من لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم” , kerana lafas المسلمين lafas jamak yang masuk ال membawa makna umum jadi maknanya umum orang islam samaada yang hidup, yang telah mati, kecil, dewasa, lelaki, perempuan dan lainnya.


Mereka yang hendak melakukan kenduri arwah dengan harapan dapat menolong orang yang dikasih tidak berangapan perkara itu membebankan.


Persoalan kenduri arwah yang di buat dengan menentukan masa.


Dalam Kitab Al Hawi lil Fatawa الحاوي للفتاوي


قال الامام أحمد بن حنبل رضى الله عنه فى كتاب الزهد له : . حدثنا هاشم بن القاسم قال : حدثنا الأشجعى عن سفيان قال: قال طاوس)من كبار التابعين(: ان الموت يفتنون فى قبورهم سبعا فكانوا أي الصحابة يستحبون أن يطعم عنهم تلك الأيام.


Imam Ahmad Hambal telah meriwayat di dalam kitab Zuhdi daripada Hasyim bin Qasim daripada Ashja’ie daripada Sufian telah berkata, Thawus (Setengah daripada tabien yang besar) telah berkata sesunguh orang yang mati dicuba dan diuji (dengan soal kubur) di dalam kubur mereka selama tujuh hari, adalah sahabat-sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم suka bahawa diberi makan ganti bagi mereka yang telah mati pada tujuh hari tersebut.


Imam Rafie berkata didalam Syarah Musnad tentang hadis Thawus:


مثل هذا اللفظ يراد به أنه كان مشهورا فى ذلك العهد من غير نكير . فقول طاوس ذلك فكانوا يستحبون : ان حمل على الرفع كما هو القول الأول كان ذلك من تتمة الحديث المرسل ويكون الحديث اشتمل على امرين: احدهما أصل اعتقادى وهو فتنة الموتى سبعة ايام. والثانى حكم شرعى فرعى وهو استحباب التصدق والاطعام عنهم تلك الأيام السبعة . كما استحباب سؤال التثبيت بعد الدفن ساعة ويكون مجموع الأمرين مرسل الاسناد لاطلاق التابعى له وعدم تسمية الصحابى الذى بلغه ذلك فيكون مقبولا عند من يقبل المرسل مطلقا . و عند من يقبله يشرط الاعتضاد لمجيئه عن مجاهد, وعن عبيد بن عمير . وحينئذ فلا خلاف بين الأئمة فى الاحتجاج بهذا المرسل.


Perkara yang seumpama lafaz ( yang diucapkan oleh Thawus ) ini , yang dikehendaki maksudnya bahawa perkara ini (beri makan) masyhur berlaku pada demikian masa (yakni masa para Sahabat) tersebut tanpa ada pengingkaran. Maka perkataan Thawus yang tersebut : “فكانوا يستحبون ertinya maka adalah mereka menyukai”. Jika diihtimalkan (di maksudkan) ianya adalah marfu (hadis yang di angkat kepada Nabi)’ sebagaimana pendapat yang pertama, nescaya adalah yang demikian menyempurnakan hadis mursal (hadis yang gugur sahabat). Dan jadilah hadis Thawus tersebut melengkapi dua perkara: Pertamanya ; Asal I’tiqad (beriman). Yaitu fitnah kubur bagi mayat-mayat dalam masa 7 hari. Keduanya; Cabang hukum syara; yaitu sunat bersedekah dan menjamu makanan ganti daripada mereka (maksudnya bersedekah makanan untuk disedekahkan pahalanya kepada mayat) selama 7 hari selepas kematian. Himpunan dua sebab tersebut menjadikannya sanad hadis ini mursal, kerana ditujukan kalimat Tabi’en kepada Thawus, dan tidak menyebut nama sahabat yang telah memberitakan kepadanya berita tersebut.

ابو دانيال, [12.09.15 07:54]
Larangan kenduri arwah berdasarkan bbrp riwayat yg soheh lagi soreh :


عَنْ جَرِيْرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ الْبَجَلِيِّ قَالَ: كُنَّا نَرَى اْلاِجْتِمَاعَ إِلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنْعَةَ الطَّعَامِ مِنَ النِّيَاحَةِ (رواه ابن ماجه)

Dari Jarir bin Abdullah al-Bajali r.a. ia berkata: ”Kami (para shahabat) berpendapat berkumpul di rumah keluarga simati dan membuat makanan termasuk daripada perbuatan meratap” (Ibnu Majah).


عَنْ جَرِيْرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ الْبَجَلِيِّ قَالَ: كُنَّا نَعُدُّ اْلاِجْتِمَاعَ إِلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنِيْعَةَ الطَّعَامِ بَعْدَ دَفْنِهِ مِنَ النِّيَاحَةِ (رواه أحمد)

Dari Jarir bin Abdullah al-Bajali Ra. ia berkata: ”Kami (para shahabat) berpwndapat berkumpul dirumah keluarga simati dan membuat makanan setelah ditanam mayat adalah termasuk daripada perbuatan meratap” (riwayat Ahmad).

Daripada riwayat ini jelas, berhimpun dirumah simati dgn menyediakan makanan adalah amalan yg tidak pernah diamalkan oleh jenerasi salafussoleh, bahkan jarir dgn jela menyatakan ianya adalah diantara amalan ratapan.

Adapon riwayat mursal towus berkenaan bersedekah memberi makan bagi pihak simati tidak dinafikan kebolehannya, namun riwayat mursal ini jika dilihat secara zohir semata2 maka ianya akan bertembung dgn riwayat yg lebih soheh spt riwayat jarir diatas, oleh itu makna atsar riwayat towus tersebut hendaklah diterjemahkan kpd makna yg tidak bertembung dgn atsar riwayat jarir supaya kedua2nya dpt dijama'kan, iaitu maknanya "memberi makan bagi pihak simati dgn tidak berhimpun dirumah simati"..dgn ini tiada lagi pertembungan makna kedua2nya, maka atsar riwayat towus itu "LANGSUNG TIDAK LAYAK DIJADIKAN HUJJAH UTK MEMBENARKAN AMALAN TAHLIL BID'AH TERSEBUT", krn dalil tidak soreh, manakala dalil larangan adalah soreh.

Perkara kedua, riwayat towus ini sudah pasti sudah makruf disisi imam2 mazhab seumpama imam syafei dan lain2, namun imam syafei secara jelas menghukum didalam mazhabnya "berhimpun dirumah simati dgn menyediakan makanan adalah BID'AH MUNGKAROH" spt mana telah disebut secara jelas dlm kitab2 fiqh mazhab syafei, krn mereka lebih memahami tentang riwayat tersebut berbanding dgn golongan yg cuba menghalalkan amalan yg telah ditegah didalam mazhab syafei krn mengikuti hawa nafsu dan ragam masyarakat.

No comments:

Post a Comment